Assalamualaikum wbkt..
Kali ini mama nak syer tentang fadilat surah Al Insyirah..selalunya yang kita dengar ayat ini jika diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang nakal dan menerangkan hati untuk mudah menerima pelajaran..
Kali ini mama nak syer tentang fadilat surah Al Insyirah..selalunya yang kita dengar ayat ini jika diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang nakal dan menerangkan hati untuk mudah menerima pelajaran..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai
Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan
Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai
kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan
mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang
lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang
engkau gemar dan ingini).
Rupa rupanya sangat luas fadilatnya..terutama kepada kaum ibu
yang mudah letih kerana membuat pelbagai kerja rumah. Semakin meningkat usia,
bermacam macam penyakit akan timbul, paling biasa ialah sakit pinggang. Untuk
menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya “dengan
diiringi doa dan izin Allah swt”, InsyaAllah penyakit itu akan sembuh. Caranya
adalah dengan membaca ayat ke 3 dari surah Al Insyirah sambil menampung tangan
seperti berdoa dan ulangi sebanyak 3 kali..tiup pada tangan tadi dan tepuk pada
pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah swt supaya dilindungi atau
disembuhkan sakit pinggang yang dialami..tapi mama tepuk semua tempat..habis
kepala lutut, buku lali, tapak kaki dan nak dikatakan seluruh badan mama
tepukkan..minta Allah swt jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan
kesihatan badan..Alhamdulillah dengan izin Allah swt..ringan rasa badan
terutama ketika bangun pagi..pergg..sebelum ini kalau nak bangun mama terpaksa
buat kuda kuda dulu baru boleh bangun..dengan berat sebegini..kusss semangat
nak angkat badan..hehe..
Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan
wajah para isteri apabila dipandang suami. Caranya dengan membaca ayat ke 4
sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada
Allah swt supaya suami pandang kita lawa jerr..tapi tak tanya hubby..lawa ker
muka mama ni..malu wehh..jadi cukuplaa dia sentiasa senyum dan beri kasih
sayang..ngee..
Wallahualam.
Mama dapat info ini dari Tanyalah Ustaz TV9, masa itu Ustaz
Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan..
Kat bawah ni adalah fadilat surah Al Insyirah yang mama dapat
melalui copy and paste..untuk dikongsi dan menjadi koleksi peribadi..
Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan
membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat
Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih
banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak
penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini
kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang
sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya
dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah
dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan
Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina
qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk
diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak
anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat
menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil
tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit
matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah
akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari
berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam
Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi
suatu kelapangan daripadaku”.
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya
serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan
segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat
fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan
rezeki dalam segala urusan.
0 comments:
Post a Comment