Nabi
Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahkan oleh Allah kekayaan melimpah
ruah. Selain kayanya Nabi Sulaiman, baginda juga dikenali sebagai sebagai Raja
segala makhluk.
Kerajaan
Nabi Sulaiman sangatlah besar. Istananya pun megah, berlapis emas dan permata.
Selain diberikan anugerah kekayaan, Nabi Sulaiman juga diberi mukjizat iaitu
baginda dapat faham bahasa haiwan dan dapat berbicara pada jin, serta dapat
menundukan keduanya.
Semua
yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tentu tak lepas dari kuasa
Allah SWT. Doa-doa yang dipanjatkan Nabi Sulaiman telah dikabulkan oleh Allah
sehingga beliau dapat memiliki semua yang diingininya.
Pada
masa sekarang banyak orang yang ingin kembali mengamalkan doa-doa nabi Sulaiman
tersebut dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki dan kekayaan,
menyembuhkan orang kesakitan, atau untuk menundukan haiwan buas.
Oleh
sebab itu, artikel kali ini kami akan membahas doa-doa tersebut untuk dapat
Anda baca dan amalkan. InsyaAllah.
1. Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika Anda saat ini sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar kewangan Anda lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika Anda saat ini sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar kewangan Anda lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.
Latinnya: Rabbi
ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta
lwahhaab.
Artinya: Ya
Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki
oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
Doa
tersebut dapat diamalkan setiap Anda selesai menunaikan solat fardhu. Namun,
akan lebih baik lagi bila Anda aktif menunaikan solat Duha dan membacakan doa
Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.
Akan
tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja
keras Anda karena tidak mungkin kekayaan jatuh dari langit tanpa Anda
mengusahakannya sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang dapat melancarkan
datangnya rezeki.
2. Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di Al-Qur’an, Nabi Sulaiman semasa hidupnya diberi dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan jin.
Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di Al-Qur’an, Nabi Sulaiman semasa hidupnya diberi dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan jin.
Mukjizat
Nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat bagi kemudahan syiar dan dakwahnya.
Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin yang ada di muka bumi tunduk
akan perintah beliau.
Bila Anda ingin memiliki
sedikit karamah dari mukjizat Nabi Sulaiman tersebut, amalkanlah doa berikut
ini seperti yang terdapat dalam QS An-Naml ayat 30 dan 31: doa nabi sulaiman
doa penunduk haiwan, wanita, dan jin.
Latinnya
: Bismilaahir rahmoonir rohiim. Laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin.
Ertinya
: Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Bahawa
janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai
orang-orang yang berserah diri. Doa di atas dapat dibacakan untuk mengubati
orang yang kesakitan.
Bacakan
doa pengusir jin tersebut di telinga kanan orang yang sakit sambil menekan
jempol kaki kanan dan kirinya, insya Alloh jin yang menggangu dan merasuk tubuh
orang tersebut akan keluar dengan sendirinya.
Doa
ini sudah banyak dibuktikan dan terbukti makbul. Oleh karana itu, hafalkanlah.
Selain untuk mengusir jin, doa Nabi sulaiman di atas juga dapat digunakan untuk
menjinakkan binatang.
Jika
anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda berada dalam
bahaya, bacalah doa di atas seraya berpasrah diri kepada Alloh. Insya Alloh,
haiwan liar tersebut akan pergi dan tidak mengganggu anda lagi.\
3. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur
Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Alloh kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Beliau selalu memohon kepada Alloh agar dapat selalu menjaga amanat dan kudratnya sebagai makhluk.
Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Alloh kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Beliau selalu memohon kepada Alloh agar dapat selalu menjaga amanat dan kudratnya sebagai makhluk.
Beliau
selalu bersyukur dan meminta agar ia tergolong orang-orang yang pandai bersyukur.
Dan kerana itulah Allah kemudian menambah nikmat-nikmat kepadanya.
Sebagai
seorang muslim, ada baiknya kita meniru sikap Nabi Sulaiman dalam bersyukur
nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kerana semakin kita bersyukur, maka
Allah akan semakin menambah kenikmatan dalam kehidupan kita.
Bacalah
doa nabi Sulaiman untuk bersyukur berikut ini sebagaimana terdapat dalam QS
An-Naml ayat 19. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur.
Latinnya
: Rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka latii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya
wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilnii birahmatika fii ‘ibaadika
shshaalihiin
Ertinya
: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan
amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam
golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.
Demikianlah
beberapa doa Nabi Sulaiman yang dapat kami sampaikan di kesempatan kali ini.
Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut secara ikhlas dan berserah diri, apa
yang menjadi keinginan Anda dapat dikabulkan oleh Allah SWT. Amin Allohumma
Amin.
Sumber: Doaniatsholat
Sumber: Khalifahmailonline.com
Sumber: Khalifahmailonline.com
0 comments:
Post a Comment