loading...

Beribu ‘Telur’ Pelik Muncul Tepi Pantai..Apa Ditemui Saintis Ini MENGEJUTKAN Ramai


Bebola ais yang pelik telah kelihatan di Teluk Finland, berdekatan barat daya Rusia. Ianya telah berjaya dirakamkan di video, menampakkan bebola ais yang besar di dalam air.

Seorang pakar ekologi, Ilya Leukhin menjelaskan bahawa tumpahan minyak di laut telah menyebabkan fenomena pelik itu berlaku. Namun begitu, bukan dia sahaja yang telah muncul dengan penjelasan terhadap perkara itu.
Seperti yang anda boleh lihat, pelik bukan kemunculan bebola ais yang mempunyai diameter sebanyak 7 inci ini?
Yuri Shahov, yang telah merakam dan berkongsi video ini dalam laman media sosial mengatakan, ianya seolah-olah ada orang yang melontarkan bebola salji ke dalam teluk itu.
Ada juga yang mempercayai bahawa ianya terbentuk oleh salji yang dibawa arus ombak atau bebola itu merupakan batu yang diselaputi ais.
Setakat ini, tiada lagi penjelasan tepat untuk fenomena yang berlaku ini.
Pada tahun 2014, ratusan bebola salji sebesar saiz bola pantai telah terdampar di persisiran Lake Michigan. Bebola yang sebesar 75 paun itu terjadi apabila beberapa ketul ais memecahkan ais yang menyelaputi air di tasik itu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Las Vegas casino - DRMCD
    It offers 안양 출장안마 $5 no 제천 출장샵 deposit bonus for players that want to play slots, 이천 출장샵 blackjack, roulette, or 천안 출장안마 any other games. 충주 출장안마 The $5 no deposit bonus is exclusive to our player

    ReplyDelete